Monday, 28 November 2016

Panduan Cukai Berhenti Kerja

Salam,

Aku dengan sedihnya dah berjaya hantar notis berhenti kerja pada 17 Nov 2016 yang lepas. Hahaha.. Nak berhenti kerja ni senang. Bagi surat dah boleh berhenti. Tapi bergantung kepada notis jugak. Kalau notis sebulan, so kenala bagi notis cukup sebulan sebelum berhenti. Jangan berhenti 24jam notis pulak. Company ada hak untuk saman ooo....

Berbalik kepada tajuk asal. "Cukai Pendapatan". Bila kita berhenti kerja dengan notis, gaji kita untuk bulan terakhir perlu ditahan oleh syarikat sebagai mematuhi syarat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Kalau sektor swasta, majikan kita akan provide borang CP22A yang diisikan dan akan diserahkan kepada kita untuk dibawa ke LHDN terdekat. Kalau pekerja kerajaan, borang CP22B akan digunapakai. Jadi, selagi kita tak selesaikan urusan "declare" baki cukai dengan LHDN, selagi itulah gaji kita majikan kena tahan. Tak bergaji la jawabnya.

Borang CP22A

Aku pon memandulah ke LHDN Bukit Mertajam dengan membawa borang CP22A yang dah siap diisi tadi. Dengan yakin amik nombor dan tunggu dipanggil. Bila sampai giliran, awek kaunter tu amik borang dan check dalam sistem dia. ALAMAK! Dia kata aku kena bawak beberapa dokumen la pulak. Ingatkan hari ni jugak boleh setel. Dia suruh aku datang semula bawak EA Form 3 tahun ke belakang, penyata zakat dan salinan surat beranak anak aku. Dengan kecewa aku pun balik la.. (Dalam CP22A tu tak tulis pun kena bawak semua tu)


LHDN Bukit Mertajam

Keesokkan paginya aku pon bawaklah benda2 yang dia mintak semalam. Alhamdulillah, semuanya lengkap. Tapi dia bagitau aku kata "En, sekarang ni senarai menunggu ada 4 ribu orang. Jadi dijangka keputusan encik akan diketahui dalam 2 minggu lagi." Aiikkk!! Aku ingatkan boleh terus dapat. Rupanya tak jugak. So aku pun balikla dengan penuh hampa mengenangkan gaji yang belum tentu boleh dapat hujung bulan ni.

TBC..

Friday, 25 November 2016

UBER Driver / Pemandu UBER

Salam,

Dah hampir 4 bulan aku menjadi pemandu UBER "part time". Aku start betul2 pada Hari Raya Aidilahda. Huhu.. Customer pertama aku seorang cikgu agama mengajar kat Sabah. At 1st memang ketaq2 masa nak pick-up customer tu takut salah location. Tapi bila try xla susah mana pon. GPS yang disediakan dalam application UBER tu banyak memudahkan untuk sampai ke tempat customer tu. 1st trip aku dari Stesen KTM Butterworth ke Penang Airport. Sejak dari tu aku jadi ketagih. Hehehe..

Nak mula jadi pemandu UBER ni tak susah pon. Ampa kena ada IC dan Insuran kereta yang ada stated nama ampa ja. Follow instruction yang UBER bagi dalam application tu. Akan ada adegan snap gambaq IC dengan insuran. Lepas siap registration, UBER akan ambil masa untuk proses application tu. Masa aku aritu depa amik masa 3 hari. Kita akan di"inform" kalau registration kita diterima. Siap tu terus drive la...

Pengalaman jadi driver UBER ni macam2 aku dapat. Macam2 jenis manusia. 95% rider aku tak ada masalah pendiam. Huhu.. Semua boleh dibawak berbual. Tapi as a driver kita kenala pandai bukak topik. Kalau rider seronok ride dengan kita, dia biasanya akan bagi rating tinggi. So bila UBER buat promotions, kita senang nak qualify untuk bonus2 yang ada.



Sembang pasal promotion, paling best aku rasa promotion untuk "short trips". Tambang yang bawah RM5 dia akan top-up sampai jadi RM5. Rider still dikenakan bayaran sama tapi kita as a driver akan dibayar lebih oleh UBER. Satu lagi promotion masa dia bahagi kepada Tier 1 & Tier 2. UBER akan bayar sehingga 3.3x ganda tambang maksimum RM5. So RM15 per trip.



Cakap pasal duit, bayaran UBER ni kita as a driver akan terima by migguan. Biasanya akan dimasukkan dalam akaun bank kita pada malam Rabu/ Khamis. Tapi bergantung jugak, kalau rider bayar cash, maka kita akan dapat duit lagi awal la.. Hehehe.

Buat ampa2 di luaq sana yang nak start drive dengan UBER, bolehla try register. Tapi nasihat aku janganlah sampai tinggalkan kerja sebab kita tak tau apa akan jadi kan? Lagipun makin hari akan makin banyak competition. So fikir2 lah yaa...

Selamat ber"UBER".