Salam,
Dah hampir 4 bulan aku menjadi pemandu UBER "part time". Aku start betul2 pada Hari Raya Aidilahda. Huhu.. Customer pertama aku seorang cikgu agama mengajar kat Sabah. At 1st memang ketaq2 masa nak pick-up customer tu takut salah location. Tapi bila try xla susah mana pon. GPS yang disediakan dalam application UBER tu banyak memudahkan untuk sampai ke tempat customer tu. 1st trip aku dari Stesen KTM Butterworth ke Penang Airport. Sejak dari tu aku jadi ketagih. Hehehe..
Nak mula jadi pemandu UBER ni tak susah pon. Ampa kena ada IC dan Insuran kereta yang ada stated nama ampa ja. Follow instruction yang UBER bagi dalam application tu. Akan ada adegan snap gambaq IC dengan insuran. Lepas siap registration, UBER akan ambil masa untuk proses application tu. Masa aku aritu depa amik masa 3 hari. Kita akan di"inform" kalau registration kita diterima. Siap tu terus drive la...
Pengalaman jadi driver UBER ni macam2 aku dapat. Macam2 jenis manusia. 95% rider aku tak ada masalah pendiam. Huhu.. Semua boleh dibawak berbual. Tapi as a driver kita kenala pandai bukak topik. Kalau rider seronok ride dengan kita, dia biasanya akan bagi rating tinggi. So bila UBER buat promotions, kita senang nak qualify untuk bonus2 yang ada.
Sembang pasal promotion, paling best aku rasa promotion untuk "short trips". Tambang yang bawah RM5 dia akan top-up sampai jadi RM5. Rider still dikenakan bayaran sama tapi kita as a driver akan dibayar lebih oleh UBER. Satu lagi promotion masa dia bahagi kepada Tier 1 & Tier 2. UBER akan bayar sehingga 3.3x ganda tambang maksimum RM5. So RM15 per trip.
Cakap pasal duit, bayaran UBER ni kita as a driver akan terima by migguan. Biasanya akan dimasukkan dalam akaun bank kita pada malam Rabu/ Khamis. Tapi bergantung jugak, kalau rider bayar cash, maka kita akan dapat duit lagi awal la.. Hehehe.
Buat ampa2 di luaq sana yang nak start drive dengan UBER, bolehla try register. Tapi nasihat aku janganlah sampai tinggalkan kerja sebab kita tak tau apa akan jadi kan? Lagipun makin hari akan makin banyak competition. So fikir2 lah yaa...
Selamat ber"UBER".
No comments:
Post a Comment