Aku dengan sedihnya dah berjaya hantar notis berhenti kerja pada 17 Nov 2016 yang lepas. Hahaha.. Nak berhenti kerja ni senang. Bagi surat dah boleh berhenti. Tapi bergantung kepada notis jugak. Kalau notis sebulan, so kenala bagi notis cukup sebulan sebelum berhenti. Jangan berhenti 24jam notis pulak. Company ada hak untuk saman ooo....
Berbalik kepada tajuk asal. "Cukai Pendapatan". Bila kita berhenti kerja dengan notis, gaji kita untuk bulan terakhir perlu ditahan oleh syarikat sebagai mematuhi syarat LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Kalau sektor swasta, majikan kita akan provide borang CP22A yang diisikan dan akan diserahkan kepada kita untuk dibawa ke LHDN terdekat. Kalau pekerja kerajaan, borang CP22B akan digunapakai. Jadi, selagi kita tak selesaikan urusan "declare" baki cukai dengan LHDN, selagi itulah gaji kita majikan kena tahan. Tak bergaji la jawabnya.
Borang CP22A
Aku pon memandulah ke LHDN Bukit Mertajam dengan membawa borang CP22A yang dah siap diisi tadi. Dengan yakin amik nombor dan tunggu dipanggil. Bila sampai giliran, awek kaunter tu amik borang dan check dalam sistem dia. ALAMAK! Dia kata aku kena bawak beberapa dokumen la pulak. Ingatkan hari ni jugak boleh setel. Dia suruh aku datang semula bawak EA Form 3 tahun ke belakang, penyata zakat dan salinan surat beranak anak aku. Dengan kecewa aku pun balik la.. (Dalam CP22A tu tak tulis pun kena bawak semua tu)
LHDN Bukit Mertajam
Keesokkan paginya aku pon bawaklah benda2 yang dia mintak semalam. Alhamdulillah, semuanya lengkap. Tapi dia bagitau aku kata "En, sekarang ni senarai menunggu ada 4 ribu orang. Jadi dijangka keputusan encik akan diketahui dalam 2 minggu lagi." Aiikkk!! Aku ingatkan boleh terus dapat. Rupanya tak jugak. So aku pun balikla dengan penuh hampa mengenangkan gaji yang belum tentu boleh dapat hujung bulan ni.
TBC..
No comments:
Post a Comment